Tuesday, March 2, 2010

Nice one pekerja restoran hakim!

Aku dan kawan2ku berasa lapar secara tiba2 (pelik tapi benar). So kami semua bersetuju untuk pergi menghilangkan rasa lapar masing2 di restoran hakim.

Setelah kami selesai memilih meja untuk menjamu selera iaitu di depan tv plasma kami pun duduk. Masing2 meminta makanan pilihan sendiri.

Setelah selesai menjamu makanan masing2, seorang kawanku memerlukan tisu untuk menglap mukanya yg telah dicomot oleh kuah dal. Lalu kawanku memanggil seorang pekerja restoran itu.

Sean Kingston: Ane, sini jap.

Ane : Yer boss? Nak apa?

Sean Kingston: Tolong amekkan tisu.

(Time ini kami semua perasan pekerja ini pekerja baru. First time nampak.)

Ane :Apa?

Sean Kingston: Tolong amekkan tisu. Bole?

Ane : Tito?

Time ini kami semua terdiam sekejap untuk beberapa saat.

...

Kemudian aku gelak dahulu. Tak sangka pekerja itu bole membuat ayat tisu itu menjadi satu ayat yang lawak. Kami semua pun lalu gelak untuk beberapa minit.

THE END.

2 comments: